DHL. MEMBANTU E-DAGANG GLOBAL MARA SEIRING PENINGKATAN PESANAN

Untuk mendahului E-Dagang global, peniaga perlu menyesuaikan diri dengan cabaran dalam menjalankan perniagaan di dunia yang sentiasa berubah dengan pantas. Oleh itu, mereka memerlukan rakan niaga E-Dagang global yang tepat untuk memastikan perniagaan mereka berjalan dengan lancar.

"Perlu terus terkawal untuk kekal laju dan terus berkembang..."

Dari permulaan percubaan hingga fenomena global kini, pertumbuhan E-Dagang telah dipercepatkan dari 10 tahun dalam masa 3 bulan gara-gara pandemik dan merupakan CARA untuk membeli-belah bagi hampir 2 bilion orang. Sekiranya anda seorang peruncit dalam talian, kejayaan anda didorong oleh cara anda mara seiring peningkatan pesanan.

DHL telah bertapak sejak awal, belajar, menyesuaikan diri dan berinovasi. Sentiasa ada untuk menolong pelanggan mencari kaedah yang paling bijak untuk memastikan pembeli mereka gembira dan kekal setia. Dari pengoptimuman dan pemenuhan laman web, hingga penyelesaian jarak jauh atau penyelesaian hijau, kepakaran dan rangkaian logistik global DHL yang tiada tandingannya dapat membantu pelanggan dari perniagaan kecil atau besar, dalam mana-mana pasaran dan sektor industri untuk berkembang dan maju.

Terdapat kisah di sebalik setiap kejayaan

Dari pembuat anak patung hingga kepembuat but, pelanggan kami telah memanfaatkan kepakaran kami untuk berkembang di seluruh dunia. Sama ada mencari jurang di pasaran atau mencipta yang baharu, logistik telah memainkan peranan penting dalam membantu mereka berkembang. Klik di bawah untuk membaca beberapa kisah di sebalik kejayaan pelanggan kami dan ketahui bagaimana mereka mara seiring peningkatan pesanan.

2x

kadar pulangan pelanggan yang lebih tinggi selepas pengalaman penghantaran yang positif

60%

pertumbuhan yang lebih pantas bagi E-peruncit yang menawarkan penghantaran premium

50%

pelanggan meninggalkan kart membeli belah kerana pilihan penghantaran yang terhad