E-Commerce

SEMUANYA TENTANG PERKONGSIAN MINAT

Setelah beralih daripada seorang pengumpul kepada pencipta, usahawan inovatif ini ingin berkongsi anak patung uniknya dengan kanak-kanak di seluruh dunia. Minatnya kini menjadi kisah kejayaan e-dagang yang memberi inspirasi.

 

Mengisi pasaran dengan sesuatu yang tiada

Sebagai seorang model, Mala Bryan mengembara ke seluruh dunia - bertemu dengan orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Ke mana sahaja dia pergi, dia selalu membawa anak patung kecilnya, mengambil gambar bersama dan menyiarkannya di media sosial. Seiring masa berlalu, Mala mula mengumpul anak patung. Dia akan mengambil gambar bersama anak patungnya dengan latarbelakang yang seolah-olah hidup dan menulis cerita pendek untuk dihantar bersama gambar tersebut. Mala seronok dengan hobinya, tetapi kemudian dia menyedari ada sesuatu kekurangan dalam koleksi anak patungnya yang sedang berkembang: kepelbagaian.

Mala merasakan seseorang itu perlu mengubah sesuatu, jadi pengumpul tegar anak patung tersebut memutuskan untuk menjadi seorang pencipta. Dia melancarkan Malaville Toys dan mula mereka anak patung berkulit gelap yang mewakili orang bukan berkulit putih. Matlamatnya adalah untuk membuat anak patung yang akan membuat kanak-kanak yang kurang diketengahkan untuk merasa hebat tentang diri mereka sendiri- malah mereka turun mereka anak patung albinisme yang pertama di dunia.

Berkongsi minat ke seluruh dunia

Usahawan yang bijak seperti Mala menyedari sejak awal betapa pentingnya logistik terhadap perniagaan mereka. Sebelum koleksi pertamanya keluar, dia mengurus sendiri pembungkusan dan penghantaran. Menyedari bahawa orang dari seluruh dunia telah menunjukkan minat terhadap anak patung itu, dia memberi tumpuan untuk menjualnya di pasaran antarabangsa secara dalam talian semenjak hari pertama.

Mala berjumpa dengan DHL Express untuk berbincang mengenai pilihan yang ada. Selepas mengetahui tentang kelebihan Beg Penghantaran DHL, dia boleh mereka pembungkusan yang boleh melindungi setiap kotak anak patung (sangat penting bagi seorang pengumpul), tetapi tetap boleh dimuatkan dalam beg penghantaran tersebut. Apabila dia mengetahui harganya sesuai dengan yang harga yang diingini untuk memesan dan menerima produk dari Amazon dalam dua hingga tiga hari, dia menjadi yakin.

Pertama

Anak patung albino yang pertama di dunia

13,000

Anak patung dijual

95%

Peratus jualan e-dagang

2,500

Anak patung dihasilkan untuk setiap edisi terhad

 

 

Bahagian terpenting dalam perjalanan

Sebilangan besar perniagaan Mala adalah dalam talian, jadi proses pesanan yang mudah dan penghantaran yang boleh dipercayai menjadi bahagian terpenting dalam perjalanan pelanggannya. Justeru, dia berurusan terus dengan DHL untuk mengintegrasikan pilihan perkhidmatan kami ke dalam kedai dalam taliannya dan memastikan semuanya berjalan lancar.

Hasilnya sungguh menakjubkan. Setelah sistem dalam talian digunakan, Mala bangun pada keesokan harinya dan menerima beratus pesanan.

Sejak itu, Mala dan DHL Express terus membina hubungan mereka. Mala bahkan mereka anak patung DHL dan dia kerap berkongsi kejayaannya dengan bakal pelanggan DHL. Sejak pesanan pertama, semuanya berkisar tentang dua rakan kongsi yang berkongsi perjalanan dan minat mereka, memenuhi deruan pesanan yang semakin bertambah memandangkan jenama terus berkembang maju.

Ketahui lebih lanjut mengenai perjalanan Mala – bagaimana dia mereka anak patung berdasarkan pengalaman peribadinya, bertarung dengan klise dan menghadapi cabaran sebagai usahanita.

Ketahui bagaimana DHL telah membantu e-Dagang global mara seiring peningkatan pesanan.