E-COMMERCE SESEJUK AIS: BAGAIMANA PENYELESAIAN PEMBUNGKUSAN BAHARU MENEMPA PASARAN BAHARU

Usahawan e-dagang yang mengenal pasti peluang dalam rantaian bekalan boleh berubah daripada pengusaha biasa kepada luar biasa. Inilah caranya DHL telah membantu Chillistick memecahkan kebuntuan dan memahat nama dalam pasaran baharu dengan menyelesaikan masalah rantaian sejuk yang wujud sejak sekian lama.

Penemuan masalah ais (kering) Penemuan peluang dalam perusahawanan ais

Mike Ashe dan Chris Buchanan amat gemar bekerja di makmal. Kedua-dua jurutera kimia ini telah meluangkan masa berjam-jam menjalankan eksperimen, menguji proses dan menyelesaikan masalah sepanjang karier mereka. Pada 2007, mereka menyedari satu masalah logistik yang tidak dapat diselesaikan dengan bikar dan penunu Bunsen. Ini memberi inspirasi kepada mereka untuk mencipta penyelesaian pembungkusan baharu dan menubuhkan Chillistick, yang kini merupakan pembekal ais kering yang terbesar di UK.

Apakah masalahnya? Penyelesaian pembungkusan yang cekap untuk penghantaran dan pengangkutan ais kering.

Ais kering adalah sebentuk pepejal karbon dioksida yang membeku pada titik yang jauh lebih rendah daripada air (-78°C, -109°F). Menghantar ais kering dari titik A ke titik B pada suhu bawah sifar bukanlah satu cabaran kecil, walaupun logistik rantai sejuk telah wujud. Sekiranya penghantaran terlambat, separuh daripada produk mungkin telah tersejat apabila ia sampai.

Mike dan Chris menyahut cabaran dan mengenal pasti peluang untuk menggunakan kepakaran makmal mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Sebuah syarikat yang baharu telah ditubuhkan – dan dalam masa empat tahun, syarikat mereka menjadi salah sebuah pembekal terbesar di UK.

Chillistick – pengilang dan pembekal ais kering terkemuka di UK

60,000

Kapasiti pengeluaran mingguan dalam kilogram

15,000

penghantaran setiap tahun di seluruh UK

2.5

Pek ais kering terkecil dalam kilogram

Memecahkan kebuntuan: Satu penyelesaian logistik baharu

Oleh kerana ais kering sukar dihantar, ia biasanya dijual secara pukal dan tidak tersedia dalam jumlah yang kecil. Ini adalah jurang dalam pasaran yang Mike dan Chris percaya mereka dapat memenuhinya. 

Masalah utama adalah pembungkusan, jadi duo ini berusaha untuk mencipta sistem yang sesuai bagi penghantaran ais kering. Untuk memastikan pembungkusan itu selamat untuk rantaian bekalan dalam negara dan antarabangsa, mereka bekerjasama rapat dengan DHL untuk mencipta satu penyelesaian pembungkusan baharu yang mematuhi garis panduan keselamatan syarikat.

“Ia kedengaran mudah, hanya perlu meletakkannya ke dalam kotak yang lebih kecil,” kata Mike Ashe. “Tetapi ia adalah satu proses yang rumit.”

Pelanggan pertama Chillistick menghantar bungkusan kecil seberat 5 kilogram untuk tujuan R&D. Sejak penghantaran ke pelanggan pertama tersebut, pembekal ais kering itu telah berkembang secara pesat - dan kini berjaya menyediakan 15,000 penghantaran setahun, dari penghantaran barang perindustrian bertan-tan hinggalah ke pek ais kering kecil seberat 2.5 kilogram.

Penciptaan penyelesaian pembungkusan mereka telah membuka pintu kepada pasaran baharu. Kejayaan itu telah memberi inspirasi kepada Mike dan Chris untuk kembali ke makmal dan memberi tumpuan pada inovasi. Setelah mereka berjaya mengangkut sejumlah kecil ais kering dengan selamat, produk baharu apakah yang mereka boleh hasilkan? Tidak lama kemudian mereka mula menghasilkan pelbagai produk yang dipatenkan.

Memahat nama di pasaran baharu: Chillistick dihasilkan

Selepas Mike dan Chris kembali ke makmal, mereka telah berjaya menghasilkan The Chillistick – sebuah alat yang membolehkan penggunaan ais kering dalam minuman dan koktel dengan selamat. Ia diisi dengan ais kering dan kemudian dimasukkan ke dalam minuman, di mana ia akan segera menghasilkan buih lalu mewujudkan kabut air yang tebal dan menarik. Kabut putih tersebut mengandungi titisan air seperti kabut yang terbentuk secara semula jadi. Nilai keselamatan yang dipatenkan dan ais kering gred makanan oleh syarikat itu menjamin keselamatan produk.

Chillistick pada mulanya dihasilkan untuk sebuah jenama minuman keras yang mahukan kesan kabut bagi kempen pemasaran mereka. Setelah kejayaan kempen itu, syarikat tersebut terus mengukir kejayaan dan menumpukan perhatiannya kepada produk lain yang memanfaatkan kesan ais kering yang mengagumkan. Mewujud debaran dan keseronokan menjadi keunikan utama produk.

Semenjak itu, Chris dan Mike telahpun sibuk meneroka sisi baharu dalam ais kering. Chillistick kini menawarkan pelbagai produk ais kering – termasuk gelas mini dan baldi champagne yang ‘berasap’, kit eksperimen sains untuk sekolah, serta kit parti di rumah untuk Halloween, perayaan kanak-kanak dan majlis-majlis lain.

Setelah mencipta penyelesaian pembungkusan baharu untuk pengangkutan jumlah ais kering yang kecil, Chillistick menjadi permulaan kepada produk ais kering yang lain.

Ketahui bagaimana DHL telah membantu e-Dagang global mara seiring peningkatan pesanan.